hey searching 4 wat?wc

Hey,searching for what ??. WELCOME!!...

last seen•oןןǝɔ ɟɐɹʎsɐ•

Friday 6 May 2016

PUNCA GAGAL DALAM PERNIAGAAN

 —Tiada matlamat -Tanpa matlamat yang jelas, perniagaan tidak mempunyai daya dan motivasi untuk berkembang.

—Tidak mengutamakan pelanggan -Pelanggan merupakan aset utama apa sahaja perniagaan. Utamakan pelanggan kerana perniagaan berfungsi untuk memenuhi keperluan pengguna

 —Tidak sabar -Naluri ramai usahawan adalah untuk menjadi kaya dengan segera. Perniagaan perlu dilihat untuk mendapat keuntungan jangka panjang.

—Melakukan sesuatu di luar bidang -Sebaiknya, jalankan perniagaan di mana letaknya kekuatan anda. Memulakan perniagaan yang bukan kekuatan anda hanya akan mengurangkan motivasi anda.

Lemah dalam menguruskan kewangan -Fahami angka kewangan perniagaan anda. Pastikan setiap transaksi perniagaan diambil kira. Terlalu banyak perniagaan membelanjakan lebih daripada apa yang diterima.

—Gagal mengikut trend semasa dan pasaran -Trend dan pasaran berubah mengikut masa. Usahawan perlu peka kepada trend semasa supaya perniagaan mengikut arus zaman.

—Gagal mengenalpasti pelanggan -Strategi perniagaan adalah menetapkan tumpuan pasaran untuk lebih mudah mengenal pasti pelanggan.

—Perbelanjaan kos pengurusan yang tinggi -Seringkali kos pengurusan memakan segala
keuntungan perniagaan. Pastikan kos pengurusan pada minimum.



sumber;http://uallmart.blogspot.my/
http://asyrafcello.sharethisstory.net/my-1097076-8936?utm_source=&utm_medium=&utm_campaign=
Add caption

No comments:

Post a Comment