—Tidak mengutamakan pelanggan -Pelanggan merupakan aset utama apa sahaja perniagaan. Utamakan pelanggan kerana perniagaan berfungsi untuk memenuhi keperluan pengguna
—Tidak sabar -Naluri ramai usahawan adalah untuk menjadi kaya dengan segera. Perniagaan perlu dilihat untuk mendapat keuntungan jangka panjang.
—Melakukan sesuatu di luar bidang -Sebaiknya, jalankan perniagaan di mana letaknya kekuatan anda. Memulakan perniagaan yang bukan kekuatan anda hanya akan mengurangkan motivasi anda.
—Lemah dalam menguruskan kewangan -Fahami angka kewangan perniagaan anda. Pastikan setiap transaksi perniagaan diambil kira. Terlalu banyak perniagaan membelanjakan lebih daripada apa yang diterima.
—Gagal mengikut trend semasa dan pasaran -Trend dan pasaran berubah mengikut masa. Usahawan perlu peka kepada trend semasa supaya perniagaan mengikut arus zaman.
—Gagal mengenalpasti pelanggan -Strategi perniagaan adalah menetapkan tumpuan pasaran untuk lebih mudah mengenal pasti pelanggan.
—Perbelanjaan kos pengurusan yang tinggi -Seringkali kos pengurusan memakan segala
keuntungan perniagaan. Pastikan kos pengurusan pada minimum.
sumber;http://uallmart.blogspot.my/
Add caption |
No comments:
Post a Comment